Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid –
(1813-1874) ![]()
Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim Al-Rashid
telah
dilahirkan pada pertengahan Rejab tahun 1813 Masihi (1228 H) di waliyah Duwaih
Sudan. (berhampiran dengan al-Khourtum)

Nama penuh beliau adalah Ibrahim ibn Soleh al-Qahnibi ibn Abdur
Rahman Qalubah ibn Muhammad ibn Haj ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Uwais ibn
Muhammad ibn Bisyarah ibn Habib ibn Duwaih ibn Sultan ibn Ghulamullah al-Akbar
ibn Maqbul ibn ‘Abdul ibn al-Imam al-Hammam Ahmad al-Zaila’I ibn ‘Umar al-Haddad
ibn Muslim ibn Saiyidina ‘Aqil ibn Abu Talib (abang kepada Saiyidina ‘Ali ibn
Abu Talib)
. (1) Gelaran Ar-Rashid itu diberikan kepada
beliau kerana beliau telah dikurniakan Allah keistimewaan menjadi ulama dan
mengetahui segala ilmu haqaid, padahal umurnya masih muda lagi.
Beliau
telah tinggal di Sabya selama 5 tahun dan 5 bulan untuk belajar dan berkhidmat
kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris
. Beliau
merupakan salah satu murid al-Imam Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Idris
yang termuda. Hubungan beliau dengan Tuan Shaykh Sayyid
Ahmad ibn Idris
dikatakan sangat rapat dan istimewa.
Dikatakan bahawa Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris
wafat dalam
keadaan kepalanya terletak di atas lutut Sayyid Ibrahim Ar-Rashid
(adapun dikatakan peha atau dada menurut sesetengah
riwayat yg lain). (2) Maka setelah wafat Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris
,
tampil-lah Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid
mewarisi
tempatnya pengasas Tariqah Ahmadiah. Beliau mempunyai segala kelakuan dan rahsia
tariqah ini. (3)
Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim
juga
mendapat nikmat penghormatan berhimpun dengan Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan
itu, Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim
telah
menerima beberapa amalan dzikir daripada Rasulullah
. Maka apa-apa
amalan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim
yang tidak
ada pada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris
, adalah
merupakan perjalanan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim
yang telah
menerima amalan-amalan itu daripada Rasulullah
tanpa
perantaraan. (4) Maka
bertambahlah nisbah tariqah ini dengan At-Tariqah Al-Ahmadiah
Ar-Rashidiah.
Al-Qutb al-Wahid Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rashid
wafat ketika berusia 63 tahun pada hari Ahad selepas ‘Asr
pada tanggal 9 Syaaban 1874 Masihi (1291 H). (5) Beliau telah dikebumikan pada malam 10
Syabaan di kawasan perkuburan Ma’la di Makkah setelah disembahyangkan di
Masjidil Haram (6)

_____________________________________
(1)Sayyid Muhammad
Khalil al-Hajrasi, al-Qasr al-Mashid. Juga lihat Tuan Shaykh Ahmad bin
Muhammad Sa’id
, Setengah daripada
Manaqib, (Seremban: Sungai Ujung Press, 1854), ms 41-43
(2) J.S. Trimingham, Islam in the Sudan, op. cit., dalam bahasa Inggeris ms 231
(3) Tuan Shaykh Ahmad
bin Muhammad Sa’id
. Faraid al-Ma’thir al-Marwiyah
li al Tariqah al-Ahmadiyah al-Rasyidiyah al-Dandarawiyah, dalam tulisan
Jawi pada Pendahuluan ms 39
(4) Hamdan Hassan, Tarekat Ahmadiyah Di Malaysia Suatu Analisis Secara Ilmiah, (1990) cetakan Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 40
(5) Tuan Shaykh Muhammad
Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Sayyid Ibrahim Al Rasyid, (2004)
cetakan Abnak Printing, ms 88
(6) Tuan Shaykh Ahmad
bin Muhammad Sa’id
, 1354H/1935M. Majmuk,
al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 66