KEKASIHKU 

 

Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau

sangat sayang kat DIA )

 

Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya!

 

Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong

sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan.

 

Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA direct!!! Yang bestnya tu, bila

aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan?

 

Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni… tak pernah nak sakitkan hati

aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul

– betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan?

 

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalau

aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat.

 

Tak kiralah, material ke… spiritual ke… emm memang kekasih sejati lah tu!

 

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.

 

Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham.

 

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa, cinta

bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je.

 

Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust

tu.

 

Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus ngan

DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha

betul-betul

 

Kata orang putih.. what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit,

aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect. Tu yang

kadang-kadang aku tengah-tengah malam… area pukul 3 – 4 pagi tu pun, kalau aku

terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!!

 

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya… billionaire… millionaire… dan ntah apa-apa naire

lagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…

caya tak? Free of charge… tapi aku tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apa

yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke,

amik aje la… pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu yang buat aku sanggup

berkorban apa sahaja… cheewah!

 

DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab,

KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc…

 

DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah

sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

 

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm… aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA

lagipun, belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti

mesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takut!

Aku mesti prepare awal-awal.

 

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang

DIA tak suka.

 

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la

kat aku kan? Takpe la, berkorban  sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yang

dia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish!

Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!! 

 

 

 

KEKASIHKU… AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…. WALAU NYAWA

DIGALANG  GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK

PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA……

 

 

 

ITULAH KEKASIHKU… ALLAH S.W.T … CINTA TERAGUNGKU…

 

 

BACK 

 

 
Make a Free Website with Yola.