LARANGAN MENGIRINGI SHADAQAH DENGAN MENGUNGKIT-UNGKIT PEMBERIAN DAN MENYAKITI

( PERASAAN ORANG YANG MENERIMA )


 

262. orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa Yang mereka belanjakan itu Dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak Yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

263. (Menolak peminta-peminta sedekah) Dengan perkataan Yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) Yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

264. Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin Yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang Yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa Yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum Yang kafir.

Surah Al-Baqarah (ayat 262-264)

 

Saudaraku  sekalian, sesungguhnya  Allah SWT memuji orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan-Nya dan tidak mengiringi kebaikan dan shadaqah yang diberikannya itu dengan mengungkit-ungkitnya di hadapan orang yang menerima dan tidak pula di hadapan orang lain, baik melalui ucapan mahupun perbuatan.

Firman-Nya “ “]Œr& wur   yang bermaksud, “ Dan dengan tidak menyakiti”. Ertinya, mereka tidak melakukan hal-hal yang tidak di sukai oleh orang yang menerima, sehinggahal itu dapat menghapuskan kebaikan yang telah mereka berikan itu. Kemudian Allah SWT menjanjikan kepada mereka pahala yang melimpah ke atas kebaikan itu, Dia berfirman“  öNÎgÎn/u‘y‰YÏãNèdãô_r& öNçl°;” yang bererti “mereka memperoleh pahala di sisi Rabb mereka”. Adalah ayat ini membawa maksud, bahawa pahala itu adalah dari Allah semata, tidak selain-Nya. Selain itu,Allah juga menjanjikan kepada orang-orang yang bershadaqah bahawa, tiada kekhawatiran bagi mereka terhadap pelbagai kengerian di Hari Qiamat kelak. šcqçRt“óstƒ Nèd wur” “ dan tidak pula mereka bersedih hati” ayat ini membawa erti, mereka tidak bersedih hati terhadap anak-anak yang mereka tinggalkan serta berakhirnya kehidupan di dunia dan kemewahannya. Mereka tidak kecewa atasnya, kerana mereka telah mendapatkan apa yang lebih baik bagi mereka dari semua itu.

Tambahan pula, terdapat bebrapa Hadith Rasulullah SAW yang telah melarang kita mengungkit-ungkit  pemberian. Antaranya Hadith di dalam Shahiih Muslim[1], disebutkan dari Abu Dzar RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,

 

ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة ولا ينظر اليهم ولا يزكيهم ولهم عذاب اليم: المنان بما اعطى , والمسبل ازارة, والمنفق سلعته بالحلف الكاذب .

“ ada 3 orang yang Allah tidak akan mengajak mereka berbicara (dengan kelembutan ) pada Hari Qiamat kelak, tidak melihat mereka (dengan pandangan kasih sayang), dan tidak pula mensucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih, iaitu :

1)       Orang yang menungkit-ungkit  pemberian yang ia telah berikan( al-mannaan).

2)       Orang yang memanjangkan kainnya di bawah mata kaki (al-musbil).

3)       Orang yang menjual barang dagangannya  dengan sumpah palsu.”

 

Oleh itu,Allah SWT berfirman :

$yg•ƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qè=ÏÜö7è? Nä3ÏG»s%y‰|¹ Çd`yJø9$$Î/ 3“sŒF{$#ur

“Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti”.

Allah Ta’ala mengkhabarkan kepada kita, bahawa pahala shadaqah itu boleh terbatal dengan sebab mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti hati orang yang menerimanya.

Seterusnya, kita juga di larang keras oleh Allah SWT terhadap sikap riya’. Firman-Nya                    :  ¨$¨Z9$# ßuä!$sÍ‘ ¼ã&s!$tB ,ÏÿYム “É‹©9$%x.Ä

 yang bermaksud, “Seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia”.

Dan adalah perbuatan riya’ itu di umpamakan oleh Allah swt sebagai Firman-Nya

mŸ2uŽtIsù#V$ù#|¹ @Î/#urmt/$|¹r'sù >#tè?Ïmø‹n=tã b#uqøÿ|¹ È@sVyJx.  ¼ã&é#sVyJsù"

“maka, perumpamaan orang itu adalah seperti batu licin ,yang ada di atasnya tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka jadilah batu itu bersih”. Mengikut Ibnu Kathir, air hujan itu membersihkan batu itu sehingga licin dan kering, tidak ada sesuatu pun di atasnya, kerana seluruh tanah yang melekat di atasnya telah hilang . Demikian pula dengan amal-amal perbuatan orang riya’ akan hilang dan lenyap di sisi Allah SWT, meskipun amal perbuatan itu tampak bagi mereka sebagai mana tanah yang terlihat di atas batu tersebut.

Maka Allah SWT berfirman, yang maksudnya, “mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan, dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum Yang kafir”.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan amaln shadaqah kita dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. Semoga shadaqah kita diterima olehNya. Amin..



[1] Muslim ( 1/102).[No. 106].



BACK

 
Make a Free Website with Yola.