Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di
beri penghidupan tetapi tidak mahu sujud kepada yang menjadikan kehidupan,
iaitu Allah Azza Wa Jalla. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit
pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya
adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun
merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya
adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak
akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan
kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat
menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya,
tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang
yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu
membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur'an dan tidak mahu mengambil
pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri
nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi
wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha
dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis
airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas
dengan nikmat yang ada, dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap
untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal
abadi
Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya
berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya
adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam
hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan
sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang
tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang
itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia
tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu ditipu adalah orang
muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di
dunia untuk menghindari siksa neraka.
Sahabat-sahabt, di mana kah kita? Siapakah kita?...andai kita tergolong di kalangan yang baik, maka hendaklah kita istiqomah.. andai kita tergolong di kalangan yang burk, maka hendaklah kita bertaubat….
Sekian, mari sama-sama kita renungkan, dan selamat beramal. wassalam