PANGLIMA SERI PELANGI

 

Matahari diufuk Timur,

Cahaya terang membelah bumi,

Adat Panglima berbudi Luhur,

Pada Agama kasih bersemi.

 

Cahaya terang membelah bumi,

Menikmati Qalam nur Ilahi,

Pada Agama kasih bersemi,

Hukum Agama taat patuhi.

 

Menikmati Qalam nur Ilahi,

Seperdua malam memperhamba diri,

Mencari diri di dalam sepi,

Hati sepi terungkai rindu Ilahi,

Mimpi menyentuh Qalbu ini,

Memeluk erat tak mahu lepas pergi,

 

Kehangatan, Ketenangan, Kelazatan malam ini,

Menyingkap tabir rahsia suci,

Kusebut nama berulangkali,

Kubelai mesra melodi nama ini,

Hatiku dah pasrah Ya Rabbi,

Kutanam dan kusiram Tauhid ini,

 

Allah, Allah, Allah .... Ya Rabbi,

Allah, Allah, Allah .... Ya Rabbi,

 

Sejuk  sendi sampai ke pagi,

Linangan airmata menyapu pipi,

Aku kenal DIA .. kenal diri ini,

Rasa memeluk tak mahu lepas pergi,

Hancur luluh daging, urat, darah ini,

AKUpun tiada lagi ... sunyi ..

Hilanglah segala penantian sepi,

Terbongkar Sifat dan Afaal Hakiki,

Menjelmalah Panglima Sejati,

 

 

Yang berdiri tegak di Subuh hari,

Akulah Panglima Seri Pelangi.

 

Menikmati Qalam nur dari Ilahi,

Seperdua malam memperhamba diri,

Mencari diri di dalam sepi,

Hati sepi terungkai rindu Ilahi,

Mimpi menyentuh Qalbu ini,

Memeluk erat tak mahu lepas pergi,

 

Kehangatan, Ketenangan, Kelazatan malam ini,

Menyingkap tabir rahsia suci,

Kusebut nama berulangkali,

Kubelai mesra melodi nama ini,

Hatiku dah pasrah Ya Rabbi,

Kutanam dan kusiram Tauhid ini,

 

Allah, Allah, Allah .... Ya Rabbi,

Allah, Allah, Allah .... Ya Rabbi,

 

Sejuk  sendi sampai ke pagi,

Linangan airmata menyapu pipi,

Aku kenal DIA .. kenal diri ini,

Rasa memeluk tak mahu kulepas lagi,

Hancur luluh daging, urat, darah ini,

AKUpun tiada lagi ... sunyi ... ,

Hilanglah segala penantian sepi,

Terbongkar Sifat dan Afaal Hakiki,

Menjelmalah Panglima Sejati,

 

Yang berdiri tegak di Subuh hari,

Akulah Panglima Seri Pelangi.

 

Yang berdiri tegak di Subuh hari,

Akulah Panglima Seri Pelangi.

Akulah Panglima Seri Pelangi.

 

-Nukilan Guru Utama PSSGPUM.

 

 

 
Make a Free Website with Yola.